"Saya mahu tanya kenapa dia bunuh anak saya. Saya harap dia mati macam anak saya mati", kata Suriah Asibi, 47.
Anaknya, Mohd Farhan Osmera, 18, dilaporkan cedera parah setelah dipercayai diserang oleh enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara dua hari lepas. Setelah 12 jam bertarung nyawa di hospital, Mohd Farhan akhirnya meninggal dunia di sana.
Menurut laporan, mangsa dikatakan berselisihan faham dengan seorang rakannya di gelanggang futsal kira-kira jam 8 malam. Walaupun pertelingkahan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai, namun suspek bertindak menyerang mangsa sejam kemudian bersama-sama sanak-saudaranya.
0 Response to "Ibu - Saya Harap Dia Mati Macam Anak Saya Mati"
Post a Comment