Padah Apabila Seorang Lelaki Kantoi Aksi Memalukkan Apabila Gara - Gara Tindakkan Berani Mati Skodeng Celahan Bawah Gadis



Kuala Lumpur: Viral di media sosial satu rakaman video seorang pemuda yang dikesan mengintai paha gadis di sebuah premis farmasi di ibu kota.
Rakaman kejadian itu berjaya dirakam oleh pemilik premis berkenaan.

Penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim berkata berdasarkan rakaman itu, suspek dilihat berpura-pura duduk mencangkung sambil memilih produk di rak jualan.

“Kejadian didakwa berlaku jam 6.10 petang Khamis lalu di pusat beli-belah terkenal di ibu kota. Lelaki itu mengintai di bawah skirt gadis itu tanpa disedari mangsa.

“Bagaimanapun, tindakan itu disedari pemilik kedai yang menjerit sebelum lelaki itu kelam-kabut melarikan diri,” katanya.

Menurut beliau, kejadian seumpama itu membimbangkan kerana insiden yang sama semakin kerap dilaporkan berlaku sehingga menyebabkan wanita berasa kurang selamat.

“Sebelum ini seorang jurutera ditahan polis selepas cuba merakam paha seorang wanita yang menaiki eskalator di pusat beli-belah Low Yat, di sini, menggunakan telefon bimbit, Julai lalu.

“Malah, seorang lelaki berusia 20-an turut ditahan polis awal bulan lalu di sebuah pusat beli-belah di Brickfields, di sini, selepas didapati merakam curi paha seorang gadis yang menaiki eskalator,” katanya.

0 Response to "Padah Apabila Seorang Lelaki Kantoi Aksi Memalukkan Apabila Gara - Gara Tindakkan Berani Mati Skodeng Celahan Bawah Gadis"

Post a Comment