PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan bermula Khamis.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pemberian BR1M 2016 bagi kategori isi rumah dan warga emas akan diagihkan sebanyak empat peringkat setahun yang bermula esok, 28 April, 23 Jun dan 28 September.
Bagi penerima di bawah kategori individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM400 sekaligus mulai esok.
"Ini (pemberian BR1M) bagi memastikan penerima dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan lebih baik khususnya dalam membeli barangan keperluan dapur," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M 2016 dan penerusan Skim Khairat Kematian (SKK).
Untuk semakan sila rujuk DISINI
0 Response to "BR1M 2016 Dibayar Mulai Esok"
Post a Comment