Takziah..."Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,"Elyana




Takziah diucapkan buat penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau dikenali sebagai Elyana yang baru sahaja keguguran anak keduanya. Bayi yang dikandung itu baru sahaja memasuki minggu ke tujuh.Berita ini telah dikongsikan olehnya menerusi laman instagram milik peribadinya pada malam tadi.




Menerusi kiriman aplikasi whatsapp yang dihantar kepada Media Hiburan Online, Elyana mengesahkan perkara tersebut dan mengharapkan semua mendoakan kesejahteraannya.

"Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya," tulis Elyana.

Untuk rekod Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel iaitu Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.

Media Hiburan ucapkan takziah sekali lagi serta tabah menghadapi dugaan ini. Selamat berpantang juga buat Elyana.

0 Response to "Takziah..."Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,"Elyana"

Post a Comment